0%

TABUNG KHAIRAT KEMATIAN MASJID TAMAN ALAMJAYA (TKKMTAJ)
Maklumat mengenai khairat kematian

ASSALAMMUALAIKUM.

PER: PENUBUHAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN MASJID TAMAN ALAMJAYA (TKKMTAJ)

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK PENTADBIRAN MTAJ AKAN MENUBUHKAN TKKMTAJ YANG BERFUNGSI DALAM MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BERKAITAN URUSAN PENGENDALIAN KEMATIAN BAGI SELURUH AHLI KARIAH. AHLI-AHLI KARIAH YANG SEBELUM INI MENJADI AHLI BADAN KEBAJIKAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-MUKHLISIN TAJ (BKKKSAM) DAN TELAH MEMBAYAR YURAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2021 AKAN DISERAPKAN SECARA OTOMATIK SEBAGAI AHLI TKKMTAJ TANPA PERLU MEMBAYAR YURAN KEAHLIAN DISEBABKAN BADAN INI AKAN DIBUBARKAN BERAKHIR PADA 31 DEC 2021 SEIRING DENGAN PENUTUPAN SURAU ALMUKHLISIN TAJ (SAMTAJ) ATAS ARAHAN PIHAK JAIS PADA AKHIR BULAN MAC 2021YANG LEPAS. PENUBUHAN TKKMTAJ INI AKAN BERKUATKUASA MULAI 01 JAN 2022.

 

TERMA DAN SYARAT KEAHLIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. PENDAFTARAN KEAHLIAN BARU BOLIH DILAKUKAN MULAI 01 JAN 2022 HINGGA 31 JAN 2022 (BAGI PENDUDUK YANG BARU MENETAP DI KARIAH MTAJ SELEPAS TARIKH 31 JAN 2022 MEREKA MASIH BOLIH MENDAFTAR DAN DIALU2KAN UNTUK MENJADI AHLI DENGAN SEGERA).
  2. YURAN PENDAFTARAN AHLI RM10.00 (KEAHLIAN SEUMUR HIDUP)
  3. YURAN KEAHLIAN (TAHUNAN) RM50.00 (PERLU DIPERBAHARUI SEBELUM TARIKH LUPUT IAITU PADA 31 JAN SETIAP TAHUN).
  4. JIKA YURAN TAHUNAN TIDAK DIPERBAHARUI MAKA AHLI TIDAK AKAN MENDAPAT FAEDAH SUMBANGAN DARI TKKMTAJ SEKIRANYA BERLAKU KEMATIAN KEPADA AHLI ATAU TANGGUNGANNYA DALAM TEMPOH TERSEBUT.
  5. PENGHANTARAN JENAZAH KE LUAR DARI KAWASAN PUNCAK ALAM ADALAH ATAS URUSAN PIHAK WARIS SENDIRI.
  6. SEBARANG PERUBAHAN MAKLUMAT TANGGUNGAN PERLU DIKEMASKINIKAN SEGERA DI PEJABAT MTAJ.

 

FAEDAH-FAEDAH YANG DITAWARKAN KEPADA AHLI TKKMTAJ APABILA BERLAKU KEMATIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

  1. AHLI (SUAMI/ISTERI) – RM1400.00
  2. ANAK-ANAK YANG DIDAFTARKAN DIBAWAH TANGGUNGAN AHLI SEHINGGA MEREKA BERUMAHTANGGA – RM1400.00
  3. IBU / BAPA (KANDUNG ATAU MERTUA) YANG DUDUK BERSAMA DAN TELAH DIDAFTARKAN SEBAGAI TANGGUNGAN AHLI SEKURANG-KURANGNYA 3 BULAN – RM1400.00
  4. BAYI SEMPURNA SIFAT SEHINGGA UMUR 5 TAHUN – RM700.00
  5. IBU/BAPA KANDUNG ATAU IBU/BAPA MERTUA YANG TINGGAL DILUAR KAWASAN – RM200.00 (SAGUHATI KEPADA AHLI)
  6. IBU/BAPA KANDUNG ATAU IBU/BAPA MERTUA YANG TIDAK DIDAFTARKAN SEBAGAI TANGGUNGAN TETAPI MENINGGAL DIRUMAH AHLI – RM200

 

NOTA:

  1. ANAK-ANAK DIBAWAH TANGGUNGAN BERMAKSUD ANAK KANDUNG / ANAK TIRI / ANAK ANGKAT YANG DIDAFTARKAN KEPADA NAMA AHLI.
  2. BAGI KES KEMATIAN AHLI YANG BERLAKU DILUAR KAWASAN TUNTUTAN SUMBANGAN BOLIH DIMOHON OLIH PIHAK WARIS DENGAN MENYERTAKAN SIJIL KEMATIAN AHLI SEBAGAI BUKTI.
  3. HANYA SATU SUMBANGAN SAHAJA AKAN DIKELUARKAN BAGI SATU KEMATIAN.
  4. SEMUA PENDUDUK YANG TELAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI KARIAH MASJID TAMAN ALAM JAYA ADALAH DISARANKAN UNTUK MENJADI AHLI TKKMTAJ BAGI MENDAPATKAN KEMUDAHAN DAN FAEDAH-FAEDAH SEPERTI YANG DINYATAKAN.
  5. HANYA SUAMI/ISTERI ATAU WARIS SAHAJA DIBENARKAN MEMBUAT TUNTUTAN BAGI PIHAK SI MATI.
  6. SEKIRANYA AHLI YANG MENINGGAL ITU TIDAK MEMPUNYAI WARIS MAKA SESIAPA JUGA YANG MENANGGUNG PERBELANJAAN BAGI PENGURUSAN JENAZAH AHLI TERSEBUT AKAN DIBENARKAN MENUNTUT SUMBANGAN KEMATIAN INI DENGAN SYARAT MENDAPAT JAMINAN DARI DUA ORANG AHLI KARIAH SETEMPAT SEBAGAI SAKSI.
  7. PENDAFTARAN SEBAGAI AHLI TKKMTAJ BOLEH DI BUAT MELALUI PAUTAN BERIKUT: https://forms.gle/72fr1hwnYugXyFQh7
  8. MAKLUMAT BERKAITAN KEMATIAN BOLIH DIMAKLUMKAN KEPADA:
    1. HJ HUSSIN BIN HJ MOHD YUSOFF (NAZIR) 012-6840816
    2. EN MIUZIA BIN HAMZAH (TIM NAZIR) 019-2770283
    3. HJ MASTUNI BIN HJ SAMIRAN (IMAM) 013-2616742
  9. NO AKAUN MASJID TAMAN ALAM JAYA UNTUK URUSAN PERBANKAN ONLINE ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

NAMA BANK: BANK ISLAM SDN BERHAD

NAMA AKAUN: MASJID TAMAN ALAM JAYA

NO AKAUN: 12168010044076

Masukkan perkataan untuk memulakan carian