0%

https://mtaj.my/wp-content/uploads/2021/05/darker-70.jpg

Bilangan Jemaah yang dibenarkan

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan satu ketetapan baharu berhubung bilangan jemaah yang dibenarkan menunaikan solat Jumaat dan lima waktu di semua masjid dan surau berikutan peningkatan penularan Covid-19 di Selangor.Menurut surat pekeliling yang diedarkan ke semua masjid dan surau semalam, ketetapan berkenaan akan berkuat kuasa hari ini bermula Maghrib sehingga suatu ketetapan baru dikeluarkan oleh JAIS dari semasa ke semasa.”Bagi masjid kariah, solat Jumaat dan solat lima waktu hanya dibenarkan 23 jemaah (pentadbir saja), manakala bagi surau kariah, solat lima waktu dibenarkan 16 jemaah (pentadbir saja).”Bagi surau solat Jumaat pula, solat Jumaat dan solat lima waktu hanya dibenarkan 16 jemaah (pentadbir saja).”

Dengan pelaksanaan ketetapan pekeliling ini maka surat pekeliling Jais bertarikh 11 Mei 2021 adalah dibatalkan,” demikian kenyataan pekeliling berkenaan.Berdasarkan penjadualan semula itu, pentadbir masjid dan surau juga dikehendaki melaksanakan solat dengan pendekatan pencegahan Covid-19 dengan mengambil langkah membuat penyusunan semula penjarakan fizikal 1.5 meter di antara jemaah dan menjarakkan selang atau baris (saf) jemaah dengan jemaah berikutnya.Jais dalam pekeliling itu juga memberitahu, dengan pelaksanaan ketetapan baru bilangan jemaah ini, semua program pengimarahan masjid dan surau ditangguhkan melainkan aktiviti atau program kuliah atau tazkirah dalam talian, pengurusan solat jenazah serta bacaan Yasin.”Kuliah dan tazkirah dalam talian melalui FB Live boleh dilaksanakan bahkan sangat digalakkan dilaksanakan di semua masjid dan surau di Selangor agar program ilmu dan tarbiyah terus imarah walaupun terdapat halangan kepada jemaah untuk hadir ke masjid atau surau.”Pengurusan solat jenazah bukan Covid-19 dibenarkan untuk dilakukan di masjid dan surau tetapi kehadiran jemaah atau kaum kerabat terdekat tidak boleh melebihi 25 orang.”Bacaan surah Yasin dan zikir munajat sangat digalakkan untuk dilakukan pada setiap malam semasa wabak Covid-19.

Majlis tahlil arwah turut dibenarkan dengan syarat pelaksanaan program ini hanya membabitkan had bilangan jemaah sedia ada yang dibenarkan hadir,” menurut pekeliling itu.Dalam pada itu, pentadbir masjid dan surau dalam tempoh pelaksanaan PKP hendaklah terus memberi akses dan kemudahan ruang solat kepada musafir, pemandu e-hailing, khidmat penghantar makanan dan pemandu kenderaan awam dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.Surat pekeliling itu juga mengingatkan agar semua pentadbir masjid dan surau terus bersabar serta bekerjasama bagi membantu agensi barisan hadapan dalam memerangi pandemik ini.Sementara itu, sumber Jais ketika dihubungi mengesahkan kebenaran surat pekeliling terbabit namun setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan.

Leave a Reply

Masukkan perkataan untuk memulakan carian